Sejarah Pendidikan Khas SMK Muhibbah
- Pada awalnya dikenali sebagai Program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP)
- Mula dilaksanakan di sekolah ini pada 15 Januari 2001 dengan dua orang guru dan tiga orang pelajar
- Pada tahun 2003, bilangan guru telah bertambah menjadi 3 orang dan 11 orang pelajar
- Pada mulanya hanya terdapat 2 bilik pengajaran dan pembelajaran iaitu Kelas Perdana dan Kelas Waja
- Sebuah bilik kemahiran hidup yang dilengkapi dengan bilik tidur, dapur dan ruang tamu
- Matapelajaran yang diajar sejak awal ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kemahiran Hidup, Alam dan Manusia, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni, dan Pendidikan Muzik
- Turut terlibat dalam aktiviti anjuran arus perdana, Jabatan Pelajaran Negeri dan Special Olympics Sabah.