DEFINISI PELAJAR/MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
Pelajar yang telah disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran dari segi kebolehan kognitif, tingkahlakusosial, penguasaan bahasa lisan / pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik. (KPM, 1991)
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
- FIZIKAL – bentuk badan tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal tetapo mempunyai keupayaan mental yang rendah.
- SOSIAL DAN PERIBADI – bidang pemerhatian yang singkat dan kurang tumpuan serta mudah kecewa kerana kegagalan lalu.
- INTELEK – rendah dari segi:- daya ingatan, kebolehan dalam bidang generalisasi, pengamatan, pengkonsepan berbentuk kreatif dan kemahiran bahasa.
KATEGORI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
- Spastik (Celebral Palsy)
- Hiperaktif
- Hipoaktif
- Kecelaruan Tingkah Laku
- Gangguan Emosi
- Autistik
- Kerencatan Akal Ringan
- Sindrom Down
- Epilepsi
- Lembam (Slow Learner)
- Disleksia