AKTIVITI-AKTIVIT PIBG
1) Terlibat dengan Kejohanan Olahraga SMK Muhibbah 2010
2) Terlibat dengan Seminar Motivasi PMR, SPM dan STPM dan menaja kos tempat, makan / minum pelajar, guru dan jemputan.
3) Terlibat dengan Majlis Berbuka Puasa di SMK Muhibbah.
4) Mengadakan pameran kesihatan di Hari Muafakat SMK Muhibbah.
5) Menyumbang peruntukkan Hari Anugerah Muhibbah.
6) Terlibat dengan jamuan Akhir Tahun dan YDP Tn Hj Salzo menyumbang peruntukan hadiah guru-guru dan kakitangan SMK Muhibbah.
7) Menyumbang peruntukan perjalanan pelajar yang memenangi pertandingan MAG INC 2010.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA TAHUN 2011
Mesyuarat Agung PIBG 2011 telah diadakan pada hari sabtu lepas iaitu pada 8 Januari 2011 bertempat di makmal Kimia, SMK Muhibbah. Seawal pagi kelihatan ramai ibu bapa dan para guru datang bagi membincangkan aktivit dan pemilihan AJK baru bagi tahun ini.
Antara agenda yang dibincangkan adalah perbincangan minit mesyuarat agung tahun lalu, perbentangan laporan tahunan, perbentangan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu, pemilihan Jawatankuasa PIBG tahun 2011, pemilihan Juru Audit dalaman dan juga hal-hal lain. Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 12 tengahari.
MESYUARAT PIBG BIL 1/2011
Mesyuarat PIBG yang pertama telah dilaksanakan dengan jayanya pada 19 FEBRUARI 2011 pada jam 2 petang di Bilik Gerakan SMK Muhibbah, Sandakan. Agenda yang dibincangkan adalah Larian Hijau.
MESYUARAT PIBG BIL 2/2011
Mesyuarat PIBG Kedua telah dilaksanakan pada 26 MAC 2011 pada jam 2 petang di Bilik Gerakan. Agenda utama yang telah dibincangkan adalah Larian Hijau dan Gotong Royong Mengecat Bangunan Sekolah.
MESYUARAT PIBG BIL 3/2011
Mesyuarat PIBG telah dilaksanakan pada 2 APRIL 2011 pada jam 3 petang di Bilik Gerakan SMK Muhibbah bagi membnicangkan dengan lebih lanjut berkaitan Larian Hijau dan Gotong Royong Mengecat Bangunan. Jawatankuasa PIBG telah bersetuju untuk memberikan insentif kepada pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Jawatankuasa juga bersetuju untuk menggunakan wang tabung PIBG bagi membeli sebuah kamera digital dan video digital untuk kegunaan aktiviti sekolah.
MESYUARAT PIBG BIL 4/2011
Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 16 APRIL 2011 pada jam 2 petang di Bilik Gerakan SMK Muhibbah. Kaji semula tentang Larian Hijau telah dibuat. Aktiviti Gotong Royong Mengecat Bangunan Sekolah akan dibuat sebaik saja cuti sekolah bulan Mei bermula. Perbincangan tentang Makan Malam Muhibbah juga telah dibuat dan aktiviti ini akan diadakan bagi menambah tabung PIBG. Perbincangan lanjut akan dibuat oleh AJK PIBG.
MAJLIS PENYERAHAN PROJEKTOR LCD OLEH YB AU KAM WAH
Majlis ringkas penyerahan 3 buah projektor LCD oleh YB Au Kam Wah, Adun N45 kepada PIBG telah dibuat pada 22 Mei 2011 pada jam 9.30 pagi di SMK Muhibbah. Timbalan YDP telah berada bersama untuk menerima projektor LCD tersebut. Terima kasih kepada YB Au.
MAJLIS PENYERAHAN PROJEKTOR LCD OLEH PIBG
Timbalan YDP, En Abdul Hamid telah berada di sekolah pada 23 Mei 2011 pada jam 7 pagi untuk menyerahkan 3 buah projektor LCD kepada pihak pengurusan sekolah. Projektor LCD akan digunakan dalam P & P bagi melancarkan dan meningkatkan keberkesanan P & P dalam dan luar bilik darjah.
PAMERAN PIBG
Sempena Hari Pemuafakatan PIBG, satu pameran tentang program dan aktiviti PIBG sepanjang 2 sesi persekolahan telah dipaparkan bagi memberi makluman kepada para ibu bapa tentang kegiatan dan penglibatan aktif PIBG di sekolah. Pameran ini dibuat pada 27 MEI 2011. AJK PIBG juga telah mengambil kesempatan ini untuk menjangkau kepada ibu bapa dan memaklumkan serta menjemput ibu bapa ke Seminar Kefahaman PIBG di Sandakan Hotel pada 28 Mei 2011. Terima kasih kepada ahli PIBG.
SEMINAR KEFAHAMAN PIBG
Seminar Kefahaman PIBG telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 MEI 2011(Sabtu), jam 9 pagi. Syabas kepada Jawatankuasa PIBG yang telah berjaya merealisasikan seminar ini. Seminar sedemikian adalah seminar yang buat julung kali dibuat di Sandakan. Penceramah hebat yang telah mengongsikan pengalaman dan ilmu adalah En Laliman, pakar runding motivasi pengurusan dari Kota Kinabalu. Seramai lebih kurang 200 orang ibu bapa yang telah menghadiri seminar ini. Syabas dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan jawatankuasa PIBG yang telah bekerja bertungkus lumus memastikan kejayaan seminar ini.
MESYUARAT PIBG BIL 1/2012
Mesyuarat PIBG yang pertama bagi tahun 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 14 JANUARI 2012 (SABTU) pada jam 2 petang di Bilik Gerakan SMK Muhibbah, Sandakan. Agenda yang dibincangkan adalah keperluan pembaikan sekolah dan persediaan ke arah Mesyuarat Agong PIBG.